Mencari kekayaan memang digalakkan dalam Islam. Rasulullah sendiri walaupun bukan kaya harta benda tetapi tidak pernah mengabaikan aspek mencari rezeki. Ketika remajanya, baginda menjadi penternak dan pengembala kambing, sebelum menceburi bidang perniagaan. Hanya selepas diangkat sebagai Rasulullah, baginda lebih menumpukan usaha kepada dakwah.
Bagaimanapun orang berharta yang paling baik sudah tentulah daripada kalangan orang yang juga beramal dan berbuat kebaikan. Hal isi seperti ditegaskan dalam firman-Nya dalam surah al-Kahfi:46 yang bermaksud:
“Harta benda dan anak-pinak adalah perhiasan dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik disisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”
Menjadi miskin juga kadangkala dibimbangi akan menjebakkan seseorang itu dalam kekufuran.Hal ini seperti sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Anas yang bermaksud;
“Hampir-hampir kefakiran itu menjadi kufur”
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang dan alam setiap kekayaan yang kita perlolehi itu ada hak yang perlu ditunaikan..
ihsan : Soutul Hidayah [ ppiskb.blogspot.com]
0 comments:
Post a Comment